Thursday, December 29, 2011

2011...

assalmualaikum aku ucapkan...

Sudah lama aku tidak menulis blog ini, disebabkan aku terlalu busy dengan study aku, lagi satu nak dekat final exam, buat otak aku betul-betul berserabut. Semakin hendak habis study, semakin susah subjek-subjek yang aku pikul. Aku akan start exam pada 3/1 hingga 19/1 dan akan pulang ke kampung halaman 20/1 pagi.hehehhee..tidak sabar rasanya hendak pulang ke kampung.

okay. Hari ini adalah hari jumaat, hari penghulu segala hari. Aku baru perasan hari ini adalah hari jumaat yang terakhir bagi tahun 2011..:) mudah-mudahan hari ini memberi kegembiraan kepada anda semua dan diberkati oleh Allah s.w.t. almaklumla disebabkan aku tidur lambat semalam sebab study so aku pun bangun lambat hari ini. Aktiviti aku seperti biasa apabila tiada kelas, bangun pagi, mandi, tiada sarapan pagi terus makan tenghari bersama kawan-kawan rapat aku, shida, dan khuzaimah dan atiqah. Selepas makan sambung study sampai malam, disamping online facebook.

Sedang aku menulis blog ini, aku pandang ke luar tingkap yang nampak kereta lalu lalang, nampak lelaki-lelaki baru balik dari solat jumaat. sejuk mata memandang, hehehehhehe. Tiba-tiba aku terhenti menulis dan terdetik di dalam hati 'wah cepatnya masa berlalu, tahun 2011 sudah hendak melabuh tirainya, dan akan muncul tahun 2012, dan umur aku akan meningkat ke 23 tahun, sudah tua..:)'. Rasa gementar sudah datang. bermacam-macam andaian bermain dalam fikiran aku. Disebabkan ramai yang membuat andaian bahawa tahun 2012 bencana alam yang dasyat akan berlaku, dan bermacam-macam lagi yang akan berlaku pada tahun 2012.

seriously aku takut. bermacam-macam aku fikirkan. sudahla amalan tidak cukup. aku takut untuk menghadapinya, dan takut untuk melangkah ke tahun 2012. apabila kita berasa takut, kita tahu bahawa Dia lebih besar daripada sesiapa sahaja di bumi ini. kita tidak boleh melawan kehendak-NYa. kita patut bersyukur di atas segala yang telah Dia berikan kepada kita.

banyak kenangan aku tahun 2011. kenangan manis, sedih dan macam-macam lagi. pelbagai halangan, cabaran, ujian yang aku tempuhi sepanjang tahun 2011 ini. kira-kira balik tinggal lagi satu sem aku hendak menamatkan pengajian aku disini. selepas itu, aku akan menempuhi alam pekerjaan, yang lebih mencabar lagi. pelbagai cabaran akan ditempuhi apabila berada di alam pekerjaan, kerana sekarang ini, aku hanya dalam dunia sebgaai seorang pelajar sahaja, tidak fikir yang lain. yang hanya aku tahu, belajar, belajar, belajar, exam, enjoy itu sahaja. tidak tahu perkembangan luar. ini membuatkan aku takut untuk masuk ke alam pekerjaan satu hari nanti. tetapi aku harus menempuhinya jugak.

pahit manis tahun 2011 ingin aku bersemadikan disini. kenangan bersama orang-orang tersayang, yang selalu bersama aku susah senang akan sentiasa aku ingat, terima kasih kepada kawan-kawan crazygers aku, iaitu shida, atiqah, khuzaimah, ijad, net, farez, jalil, bob and hady, thnx guys. dan tidak lupa kepada sahabat baik aku norshafika musa, thnx beb ko sllu dengan aku sepanjang tahun ni.

walaupun bagi aku tahun 2011 ini, telah banyak menitiskan air mata aku,tapi pada masa yang sama aku menjadi kuat, tabah dengan segala ujian yang datang. jika aku fikir tahun ini dugaan yang Allah berikan kepada aku hebat, dan aku percaya tahun-tahun yang akan datang dugaan yang diberi oleh Allah lebih hebat terpaksa aku hadapinya. apapun yang terjadi pada diriku, dugaan yang aku hadapinya, aku percaya Dia tidak akan menduga aku lebih daripada kemampuan aku sendiri unutk menghadapinya. so aku haruslah bersabar dengan apa jua cabaran dan ujian yang diberikan oleh Dia. hadapilah ujian itu dengan sabar dan tenang.

so, disini aku ingin ucapkan selamat tahun baru 2012,kepada semua yang mengenali diri, yang tidak mengenali diri ini, dan yang cuba ingin mengenali diri ini. aku berdoa supaya perjalanan kehidupan aku lebih bermakna, dirahmati dan diredhai oleh-Nya. waaaaaaaaaaaa...sedih rasanya hendak tinggalkan tahun 2011 ini. serious, banyak kenangan. dan tidak lupa kenangan dengan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam dalam hidup ini, dan pernah menceriakan hari-hari aku, membuat aku tersenyum sepanjang hari, akan aku kenang sampai bila-bila, walaupun ianya hanya sementara. :)



bye-bye...jumpa tahun 2012 ok..:)

wassalam..